Rawatan Kulit

Perkhidmatan Rawatan Kulit di Klinik Falah

Rawatan kulit untuk jerawat, eczema, ruam, jangkitan & pigmentasi — selamat, berkesan dan disesuaikan mengikut keperluan kulit anda.
Woman applying ointment or moisturizing cream in the eczema, atopic dermatitis.

𝘚elesaikan masalah kulit anda dengan rawatan yang selamat & berkesan.

Kami menawarkan pelbagai rawatan kulit untuk membantu merawat dan mengawal masalah seperti jerawat, pigmentasi, eczema, ruam, jangkitan kulit dan lain-lain. Rawatan dilakukan oleh doktor berpengalaman menggunakan ubat yang berdaftar & selamat, disesuaikan mengikut jenis kulit dan keadaan pesakit.

Setiap rawatan bermula dengan pemeriksaan kulit menyeluruh, diikuti dengan nasihat perubatan dan pelan rawatan khas untuk hasil yang lebih berkesan dan tahan lama.

✔️ Masalah jerawat & parut

✔️ Eczema & kulit sensitif

✔️ Ruam, alergi & gatal-gatal

✔️ Jangkitan kulit (kulat, bakteria, virus)

✔️ Pigmentasi & masalah tona tidak sekata

Tetapkan Temu Janji di Klinik Falah

perkhidmatan kami

Kami menyediakan jenis perkhidmatan perubatan yang berbeza.

Fasiliti Klinik

Fasiliti Moden & Lengkap Untuk Keselesaan Anda

Klinik Falah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perubatan canggih — memastikan rawatan lebih cepat, tepat dan selesa untuk setiap pesakit.

Ultrasound 2D-5D

Untuk pemeriksaan kehamilan,masalah wanita dan kesuburan dengan imej yang jelas dan terperinci

ECG (Elektrokardiogram)

Untuk mengesan masalah jantung secara tepat dan segera.

Lab Ujian Darah

Keputusan pantas tanpa perlu ke makmal luar.

Bilik Pembedahan Laser

Untuk prosedur pembedahan kecil seperti buang ketuat dan cyst secara moden & kemas.

X-Ray

Pelbagai jenis X-ray disediakan dengan akses cepat dan profesional.

Ruang Menunggu Selesa

Ruang berhawa dingin dan bersih mesra kanak-kanak,ibu mengandung dan warga emas.