Rawatan Kesihatan Wanita

Perkhidmatan Rawatan Kesihatan Wanita di Klinik Falah

Rawatan menyeluruh untuk kesihatan intim wanita termasuk saringan, jangkitan, haid tak teratur dan perancang keluarga.
Pills on a pink background, flat lay, women's health.

Perkhidmatan kesihatan wanita di Klinik Falah Indera Mahkota menyediakan penjagaan perubatan khusus oleh doktor wanita berpengalaman, bertempat di lokasi strategik di Kuantan. Kami faham bahawa isu seperti haid tidak teratur, keputihan, jangkitan faraj, dan keperluan perancang keluarga memerlukan rawatan yang teliti dan penuh empati. Pemeriksaan berkala seperti Pap Smear dan ujian HPV juga sangat penting bagi pengesanan awal masalah kesihatan serius seperti kanser serviks. Jika dibiarkan tanpa rawatan, masalah ini boleh mengganggu kualiti hidup dan kesihatan jangka panjang wanita.

Sebagai klinik berhampiran anda di Kuantan, kami menawarkan suasana selesa dan selamat untuk para wanita mendapatkan rawatan tanpa rasa segan. Fasiliti kami lengkap dengan peralatan moden dan keputusan ujian yang cepat, menjadikan rawatan lebih efisien dan tepat. Semua perkhidmatan diberikan oleh doktor wanita tetap, memberikan rasa yakin kepada pesakit yang lebih selesa dirawat oleh wanita. Untuk maklumat lanjut atau temujanji, hubungi kami di 017-640 6020 atau lawati terus di B8, GF, Jalan IM 7/2, Indera Mahkota 7, 25200 Kuantan, Pahang.

Jika anda mengalami gejala atau ingin buat pemeriksaan berkala, kami sedia membantu. Buat temujanji hari ini.

Tetapkan Temu Janji di Klinik Falah

perkhidmatan kami

Kami menyediakan jenis perkhidmatan perubatan yang berbeza.

Fasiliti Klinik

Fasiliti Moden & Lengkap Untuk Keselesaan Anda

Klinik Falah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perubatan canggih — memastikan rawatan lebih cepat, tepat dan selesa untuk setiap pesakit.

Ultrasound 2D-5D

Untuk pemeriksaan kehamilan,masalah wanita dan kesuburan dengan imej yang jelas dan terperinci

ECG (Elektrokardiogram)

Untuk mengesan masalah jantung secara tepat dan segera.

Lab Ujian Darah

Keputusan pantas tanpa perlu ke makmal luar.

Bilik Pembedahan Laser

Untuk prosedur pembedahan kecil seperti buang ketuat dan cyst secara moden & kemas.

X-Ray

Pelbagai jenis X-ray disediakan dengan akses cepat dan profesional.

Ruang Menunggu Selesa

Ruang berhawa dingin dan bersih mesra kanak-kanak,ibu mengandung dan warga emas.