Tentang Kami
- Laman Utama
- Tentang Kami
Mengenai Klinik Falah Indera Mahkota
Klinik Falah Indera Mahkota ialah klinik perubatan swasta yang terletak di Kuantan,Pahang. Kami merupakan ‘one stop centre’ yang menyediakan perkhidmatan perubatan yang lengkap khususnya KESIHATAN WANITA,FERTILITI & IBU MENGANDUNG, PEMBEDAHAN & RAWATAN SENDI, KESIHATAN KELUARGA & RAWATAN AM.
Kami percaya kesihatan yang baik bermula dengan rawatan yang mudah diakses, layanan yang ikhlas dan persekitaran yang selesa. Di Klinik Falah — anda bukan sekadar pesakit, anda adalah keutamaan kami.
perkhidmatan kami
Kami menyediakan jenis perkhidmatan perubatan yang berbeza.
Ultrasound
Imbasan 2D hingga 5D untuk kehamilan dan kesihatan wanita dengan teknologi moden & imej jelas.
Antenatal
Pemeriksaan kehamilan menyeluruh dengan doktor berpengalaman dan fasiliti lengkap termasuk buku pink rasmi.
Kesuburan & Fertiliti
Rawatan lengkap pasangan yang ingin zuriat termasuk ujian hormon, sperma dan pemantauan ovulasi.
Rawatan Kesihatan Wanita
Rawatan menyeluruh untuk kesihatan intim wanita termasuk saringan, jangkitan, haid tak teratur dan perancang keluarga.
Rawatan Kesihatan Lelaki
Pemeriksaan dan rawatan kesihatan lelaki oleh doktor lelaki berpengalaman.
Rawatan Am & Pesakit Luar
Rawatan umum untuk semua peringkat umur termasuk penyakit kronik & pemeriksaan kesihatan.
Bagaimana Anda Boleh Dapatkan Rawatan Dengan Klinik Falah?
Walk-In Terus ke Klinik
Datang terus ke klinik kami setiap hari dari jam 8 pagi hingga 11 malam — tanpa perlu temujanji.
Buat Temujanji Melalui WhatsApp
WhatsApp kami di 017-6406020 untuk tempahan masa rawatan, pilihan doktor atau konsultasi awal.
Hubungi Kami Untuk Bantuan
Jika perlukan maklumat lanjut sebelum datang, hubungi kami terus untuk dapatkan nasihat dan info rawatan.
Servis Housecall ke Rumah
Untuk pesakit terlantar atau tidak dapat hadir, kami juga sediakan rawatan terus ke rumah anda.
Doktor Kami
Soalan Lazim
Klinik ini beroperasi setiap hari ke?
Ya, kami beroperasi setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 11:00 malam, termasuk hujung minggu dan cuti umum.
Klinik ini sesuai untuk kanak-kanak dan warga emas?
Ya, kami adalah klinik keluarga dan menyediakan rawatan untuk semua peringkat umur — dari bayi hingga warga emas.
Adakah doktor wanita disediakan?
Ya, kami mempunyai doktor wanita berpengalaman setiap hari.
Adakah klinik menerima panel insurans?
Ya, kami bekerjasama dengan pelbagai panel insurans dan syarikat.
Klinik ini ada rawatan pembedahan ke?
Ya, kami menyediakan pembedahan kecil menggunakan laser dan cryotherapy yang tidak memerlukan kemasukan ke wad.
Macam mana nak buat temujanji?
Mudah saja! Hubungi kami di 017-6406020 melalui WhatsApp atau panggilan telefon.
Klinik ada panel insurans atau korporat?
Ya, kami panel untuk PMCare, AIA, Medkad, MiCare, Mednefits, Perkeso Sehati, Peka B40 dan banyak lagi.
Berapa lama keputusan ujian darah akan keluar?
Untuk ujian makmal dalaman, keputusan biasanya diperoleh dalam hari yang sama. Untuk ujian outsource, 1–2 hari bekerja.